click here

Wednesday, October 7, 2009

pertambahan berat badan semasa hamil

Posted by S.A.L.J.U sha at 4:40 PM
Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil PDF Print E-mail
Written by Iman Jamila
Thursday, 15 May 2008 08:00
Pertambahan berat anda semasa hamil mungkin merisaukan anda. Ketahui berat yang sepatutnya anda tambah semasa hamil. Pertambahan berat semasa hamil sepatutnya bergantung kepada berat anda sebelum hamil.

Jika BMI anda...{mosimage}

  • BMI kurang daripada 18.5 (Kurus) - tambah antara 12.5kg - 18kg
  • BMI 18.5-25 (Normal) - tambah antara 11.15kg - 16kg
  • BMI 25-30 (Gemuk) - tambah 7kg - 11.5kg
  • BMI 30-40 (Sangat Gemuk / Obes) - tambah 7kg
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Jika anda berusia dibawah 20 tahun, sasarkan penambahan berat maksima pada tahap BMI anda sebelum mengandung. Contoh, jika BMI anda adalah 19, maka berat anda seeloknya bertambah sebanyak 16kg pada akhir kehamilan anda.
Kira BMI anda dengan kalkulator BMI kami.

Daripada mana tambahan kilogram semasa hamil ini datang?

0.5 kg – plasenta
1 kg – perkembangan buah dada
1 kg – uterus
1 kg – cecair amniotik
2 kg – pertambahan cecair
3 kg – berat bayi
3 kg – simpanan ibu (lemak, protein dan nutrien lain)
Sumber :
Healthy Eating During Pregnancy, Jen Pittendreigh SRD,British Dietetic Association
Weight Gain in Pregnancy, Babycenter.com
Pemakanan Semasa Mengandung, myhealth.gov.my

0 comments on "pertambahan berat badan semasa hamil"

Post a Comment