tak tahu mane nak mule
mood menulis pun dah lame terbuku kaku
gara gara diri yang lemah longlai demam
++ qaish hbaiqal menjejak demam same2 ngan mamanye
*
*
*
kisahnye mama demam ni dari selas, rabu,
khamis kan mama dah ok sikit mama g keje
tp rupe rupenya qaish haiqal semakin panas badan pd penjaganya
petang tu mama amik qaish meragam2 menangis
kesian anak mama
*
*
*
lepas berbuka..kol 8 mcm tu mama bawak qaish haiqal g klinik
jenuh.... mama cari klinik bukak malam...
dr bukit katil sampaikan ke bukit beruang mama cari klinik yg bukak
akhirnye klinik india ni de bukak
belasah jer la.....
sampai klinik... doc pun kesian ngan keadaan mama ngan baby berdua demam
dah tu g berdua jer g klinik
ngan dukung qaish dengan nak pegang beg lg
tp.... agaknye mama takde rasa kesian kat diri mama sendiri....tak mau minta bantuan sesape
*
*
*
balik klinik.....
mlm tu qaish tdo merengek2 jer...dan mama pun sedey sbb diri mama jgak kelesuan
mama dpt MC td...so dlm kepala dah ligat pk nak balik kajang
uhhhh...mampu ke mama balik kajang berdua jer ngan qaish
boleh tak mama drive dengan qaish d sebelah dalam carseat
*
*
*
subuh2 tu qaish lene tdo...
tangan mama ligat mengemas barang
brang2 semua mama bawak siap tong terus baju2 qaish
tak kuasa nak kemas bagai
fikiran ligat memikir ape lg benda yg nak bawak ....
jgn tinggal susu...pempers...ubat....
siap kemas barang nak bawak balik masuk kereta
mama kemas dapur...licin ...clear....tanpa sebarang makanan tinggal atas meje
*
*
*
8.00 pagi....siap
qaish dah mama tukarkan pempers ngan baju lengan panjang
sejuk kan aircond kereta
mama siap alas tempat qaish baring ngan tuala basah..suhu qaish tinggi
susu siap air masak qaish siap
masuk kereta... mama kunci pintu kemas2
*
*
*
gerak....
sepanjang masa mama berdoa perjalanan kami dlindungNYA
harap qaish tak meragam nangis ligat2
masuk tol...... tol girl tu siap tinjau de baby dlm kereta
dlm fikiran dia sure mane la kakak ni nak g ngan baby dia
*
*
*
masuk highway
qaish tak tido
pandang kanan pandang kiri
pandang mama....mama cakap2 ngan qaish mintak qaish baik2 belaka dlm kereta
bile kawasan alor gajah...qaish merengak2 sikit..mama ters bagi susu....
sebelah tangan drive,.......sebelah tangan pegang susu
alhamdulillah abis jer susu...qaish pun tertido
*
*
*
qaish tdo....... mama terus pecut kereta 120-130km/hour
huh...mmg bahaya....
lg lame atas jalan lg mama risau..
tumpuan pd pemanduan boleh 100%
9 pagi dah masuk nilai
qaish pun terjaga...alhamdulillah dia diam..tgk luar tgk pokok2
*
*
*
masuk highway Lekas.... lg sekali toll man tu tinjau....
agaknye dlm fikiran dia....huh kakak ni drive dr melaka dah sampai nilai ngan anak jer...
siap dia agak qaish haiqal ...qaish dok pandang dia jer
*
*
*
9.30 mama sampai depan umah
alhamdulillah
bile stop jer tayar kereta
mama rasa lege
mama dan qaish dah selamat sampai kat uma kg kajang
ade nenek leh bantu mama
nenek sambut cucu dia
nenek pun geleng kepala tgk anak beranak ni demam same2
*
*
*
ni semua nekad hati
mama taknak cuai masa qaish demam
jd mama kene amik keputusan balik melaka ke kajang
supaya nenek leh tolong pantau qaish
dan mama leh makan ubat dan berehat sama2 pulihkan diri
*
*
*
korang2 yg de suami dcc mmg la mudah benda ni semua
tp bg kami2 yg sendirian dengan anak
dan bile keadaan yang memerlukan mama memikirkan cara untuk penyelesaian masalah
nekad hati kekadang perlu
buangkan rasa takut
nangis2 jer tak membantu
*
*
*
alhamdulillah mama dah ok... tinggal batuk2 jer
qaish haiqal pun dah takde panas badan
cuma bantuk2 qaish masih kerap....
kesian anak mama nak minum susu pun dah sakit tekak agaknye.
harap2 qaish akan pulih dan terus sihat
*
*
*
start september qaish akan tukar penjaga
mama pun dah malas nak dengar2 alasan dan bunyi mengeluh penjaga skg ni
seolah2 duit amik tp ragam budak taknak jaga
huh......... hari2 mengadap rasa sakit hati
bulan ni mama hantar 2 hari jer 1-15hb dan setengah bulan ni dah tak hantar jumaat lepas
dah la...bulan depan takde dah hantar kat dia lg