*
*
*
Harian Metro
Harian Metro
Bapa Terkejut Bayi Jadi Biru 
KUALA LUMPUR: Akibat keletihan dan tertidur selama dua jam, seorang  bapa hanya mampu menitis air mata apabila bayi lelakinya yang baru  berusia lima bulan mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaannya,  pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu,  Hadif Hameedullah Mohd  Najib diberi minum susu oleh bapanya sebelum diberi pula minum air yang  diisi dalam botol.
Namun, bayi itu dipercayai  tidak sedarkan  diri sewaktu bapanya tersedar dari tidur kira-kira jam 1 tengah hari di  rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju.
Difahamkan, bapa bayi  itu  berusia 29 tahun mengambil alih menjaga anaknya kerana sedang  bercuti. Ketika kejadian, bapa terbabit yang turut mempunyai seorang  lagi anak lelaki, cemas apabila mendapati anak bongsunya itu tidak  sedarkan diri.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner  Zakaria Pagan berkata, bapa mangsa kemudian mencabut botol susu yang  berada pada mulut anaknya selepas mendapati bayi itu  kebiruan, selain  keluar air dari mulutnya.
“Dia  menghubungi isterinya yang  bertugas sebagai guru di  sekolah berhampiran sebelum bergegas  menghantar bayi mereka ke Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  Tuanku Mizan.
“Doktor  memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkannya, namun gagal apabila mangsa disahkan  meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa  dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu. Kes  ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut  tapi siasatan   diteruskan. Polis  juga  mendapatkan keterangan daripada bapa mangsa  yang juga saksi kejadian kerana bersama-sama mangsa ketika itu,”  katanya.
Menurutnya, jenazah mangsa  dituntut bapanya selepas bedah siasat untuk dikebumikan.
Kejadian ini kali ketiga dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu.  Pada 21 September lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mati  tersedak susu selepas dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di  sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya.
Dalam kejadian kedua pada Ahad lalu pula, seorang bapa dikatakan  memangku bayi lelakinya, Mohamad Ayub selepas diberi susu ketika dalam  perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke ibu negara.
Difahamkan, kedua-duanya kemudian tertidur dan hasil pemeriksaan di  HKL, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam  kereta api akibat tersedak susu.
*
*
*
kebelakangan ni asik berita bayi mati tercekik susu
mama sembangkan ngan papa hal ni
mmg risau....masa qaish dlm jagaan pengasuh
harap ni semua tak terjadi pd kami dan pada ibu bapa dan bayi yg lain
malah mama jugak mengingatkan diri mama.....
berjaga2 saat memberi susu kepada qaish
mmg masa minum susu ade jgak qaish tersedak.... mama lekas lekas angkat dan tepuk belakang qaish
xnak dia terpisat2
jangan malas dan jangan pk nak tido masa bg susu pd baby semasa waktu malam
sekurang2 nye tinggikan kepala baby dengan lengan kite
atau bantal dan moniter baby isap puting botol susu tu
masa penyusuan mama suke pusing2kan botol susu tu...xkasi qaish tido masa minum
*
*
kebelakangan ni asik berita bayi mati tercekik susu
mama sembangkan ngan papa hal ni
mmg risau....masa qaish dlm jagaan pengasuh
harap ni semua tak terjadi pd kami dan pada ibu bapa dan bayi yg lain
malah mama jugak mengingatkan diri mama.....
berjaga2 saat memberi susu kepada qaish
mmg masa minum susu ade jgak qaish tersedak.... mama lekas lekas angkat dan tepuk belakang qaish
xnak dia terpisat2
jangan malas dan jangan pk nak tido masa bg susu pd baby semasa waktu malam
sekurang2 nye tinggikan kepala baby dengan lengan kite
atau bantal dan moniter baby isap puting botol susu tu
masa penyusuan mama suke pusing2kan botol susu tu...xkasi qaish tido masa minum
mama harap....dan mama berpesan sekeras2 nye pd diri mama sendiri
jangan cuai!!!!!
ohhh...tak sanggup mendengar membaca berita baby mati tercekik susu lg















3 comments on "musim tajuk paper.... "bayi mati tercekik susu"..........."
mmg ebrita hangat masa kini
mintak2 sgt dijauhkan dr tragedi gini
tu lah
time malam mmg kena hati2 skit
mmg kita ngantok kan
baby lak nyusu lama...mmg risau kalau tertido
SEDIHNYA........BILA SUAMI SNDR CUAI ..NIAYA KE ANAK..
salam
dayu>>>
haah dayu..asik tajuk paper bayi mati jer skg ni.
kekadang baby rasa cemas jer bile nak bagi susu.
salunye yg pakai botol ni dayu...klu direct BF rasanye takde kes.
kebaikan BF jgak.
lynn>>>
sedey,.... tu la sama kene igt kan diri sendiri dah suami jgak.
so far hubby sha pun xberani jaga sorg2 tanpa ade pengawasan org lain. so sha tak penah tinggal qaish sendiri ngan hubby jer.
lebih baik tahu keupayaan diri sendiri drpada teraniaya baby kan.
Post a Comment