click here

Monday, February 28, 2011

selsema oh selsema

Posted by S.A.L.J.U sha at 10:20 AM

Petua mengurangkan selsema pada bayi

 

 qaish selsema siap bersim2 leleh hingus skg....huwaaaa... tido dia xllenyak..... susu xmo minum.......

ubat dh 2 hari telan...xsanggup asik dek makan ubat jer.

 

Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.

Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.Saya kurang pasti sebab tak pernah pula keadaan menjadi seperti begitu. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh di amalkan selalu.
Jadi hari ini saya siarkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
Selamat Mencuba,

kredit to...
Kak Rahimah

kongsi petua.







6 comments on "selsema oh selsema"

NrlAidaHml on February 28, 2011 at 10:36 AM said...

pastu kan Sha..tambahan sikit..pastikan bila kita mandikan anak jgn basuh kepala dia..n kalau boleh mandikan anak dgn air suam..jgn bg makanan yg sejuk or air sejuk sbg contoh Vitagen..buah pon tak boleh..sayur-sayur banyakkan...dan paling penting..bile dia taknak minum susu, bg minum air suam banyak-banyak...InsyaALLAH boleh recover cepat sikit..
-according to doktor kerajaan yg garang..dia yg suruh buat do's n dont's plus pengalaman sendiri jugak...Selamat mencuba...

S.A.L.J.U sha on February 28, 2011 at 10:47 AM said...

tq eh...bgtahu dan mengingatkan yg sha lupe...sha de mandikan kepala.

adusss...runsing bile anak sakit.

sbb perangai qaish haiqal klu sakit ke batuk selsema demam..sure susu xmo minum..perut kempis kempis jer.

sib baik air masak mahu minum..buat suap2 sedap tekak agaknye minum air masak suam.

axie on February 28, 2011 at 11:27 AM said...

tq for petua :)
yg kunyit tu biasa buat...
kekadang sampai kuning menyala batang idong my boy

S.A.L.J.U sha on February 28, 2011 at 3:03 PM said...

kunyit tu mmg sha biasa dengar jgk..tp kali ni la first time buat...mmg kuning batang hidung qaish..

hihiii...tp lom berkesan lg. maybe skg virus tu tgh menyerang mybaby.

Ummi on February 28, 2011 at 4:21 PM said...

http://umi-aromatherapyplus.blogspot.com/
boleh try ini juga..ramai sudah mencuba..testi pon original,,ade dari geng kapal juge..selamat mecuba eh :)
tumpang promo..hii

S.A.L.J.U sha on March 1, 2011 at 8:11 AM said...

ummi...

sha terus order.. td dh buat bayaran..harap berkesan dgn qaish.

smlm batuk selsema dah siap muntah plak...abis keluar semua makanan bile batuk.

Post a Comment